Monday, August 31, 2009

Friday, August 21, 2009

-------------------------------------------------------------------------------------
Iklan Kursus Ramadhan 2009

Tujuan kursus supaya semua peserta menjadi orang yang bertaqwa.

Objektif kursus ialah:
Di akhir setiap sesi semua peserta boleh:
a) membaca 30 juz Al Quran.
b) menyempurnakan rokaat terawih beserta witir setiap malam
c) mengalami sepanjang siang hari di bawah pengawasan Fasilitator Maha Agung.
d) patuh dengan kadar segera arahan Fasilitator (melambatkan sahur dan mencepatkan berbuka).
e) mendapat hadiah istemewa "Lailatul Qadar"

1. Sila berdaftar sekarang di dalam hati untuk menyertainya penuh sepanjang kursus dijalankan.

2. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah Allah. Anda boleh rujuk CV fasilitator ini di dalam "Asma' ulhusna".

3. Bayaran adalah percuma, boleh bawa wang sendiri untuk dimasukkan dalam tabung berbuka puasa. Tidak digalakkan membazir membeli makanan di bazaar ramadhan. Makan dan minum disediakan di surau dan di masjid.

4. Silabus adalah Al Quran, satu malam satu juz. Mesti habiskan membaca 30 juz sebagai syarat pencapaian kursus.

5. Tempat kursus boleh di rumah masing-masing dan aktiviti malam di masjid atau surau yang terdekat.

6. Aturcara kursus setiap hari:

0500 - Bangun solat witir
0515 - Sahur
0545 - Ke Surau
0600 - Solat Subuh Berjamaah
0700- Aktiviti Bebas
1930 - Berbuka (opsyenal di rumah / surau / masjid)
2045 - Isya' berjamaah
2100 - Solat terawih
2300 - Baca 1 Juz Al Quran (di rumah/ surau/ masjid)
2400 - Tidur

7. Penilaian kursus:
7.1 Markah tertinggi diberikan kepada peserta yang berjaya a) melambat-lambatkan sahur, b) mencepatkan berbuka, c) menjaga mulut, mata dan telinga daripada perkara yang bukan di dalam silibus ramadhan, d) solat terawih penuh rokaat dengan witirnya sekali e) tiada makanan yang membazir. dan f) banyak mengeluarkan wang bersedekah kepada yang memerlukan.

8. Majlis Penyampaian Sijil
Majlis pencapaian sijil kejayaan anda mengikuti kursus ini akan di adakan di masjid-masjid pada sepuluh malam terakhir. Sila hadir pada malam2 ini sambil beriktikaf. Tetamu Kehormat yang akan menyampaikan sijil kepada peserta-peserta yang berjaya ialah Malaikat Jibril beserta hadiah hamper "Lailatul Qadr".

9. Peralatan yang anda perlu sediakan
a) Niat untuk menjadi taqwa
b) Sebuah Al Quran dgn terjemahan
c) Jam berloceng (alarm)
d) Duit untuk bersedekah (ikut kemampuan)
e) Tempahan surau terdekat atau masjid untuk majlis penyampaian sijil anda.

Sekian, cepat berdaftar kerana tempat terhad kepada orang-orang yang beriman sahaja.

(sumber: http://mahligaikasih.multiply.com/journal/item/90)


--
" (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir ".
(QS: Qaaf : 17/18)
---------------------------------------
"Dan senantiasa seorang hamba mendekat kepada-Ku dengan amalan Sunnah sehingga Aku mencintainya." (HR Bukhari)
---------------------------------------
"Ya Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, maka janganlah Engkau serahkan (urusan) ku kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah semua urusanku, tiada ilah selain Engkau." (HR Abu Daud dgn sanad yg sohih)

Thursday, August 20, 2009

..Ramadhan..




..ayuh sahabat..kita pasakkan niat..letakkan tekad..
..Ramadhan menjadi medan mengutip maghfirah..
..tamakkan diri dalam beribadah..
..bersama kita mujahadah dalam meniti jalan menuju redha ALLAH..

Sunday, August 16, 2009

Friday, August 14, 2009

<>

..macam mana nak buat..?

Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang..dah tau susah,susahlah senang..

Baca 2-3 kali pun belum tentu kita dapat memahaminya. Susah yang macam mana? Senang pulak yang macam mana? Bila timbul persoalan macam ni maka datanglah satu lagi pepatah zaman moden ‘orang makan biskut takkan sama dengan orang yang tengok orang makan biskut’ ....apa ni..??! cakap berbelit-belit.. straight to the point please..

Itulah hakikatnya senario hidup seorang mahasiswa yang dalam masa yang sama terlibat dalam aktiviti-aktiviti persatuan.. tak kira program-program ilmiah,ceramah, kursus, kelas tambahan, kelas tafaqquh.. dan sebagainya. Belum dikira andainya orang itu terlibat dengan pengurursan aktiviti dan program..atau dengan kata lain, pimpinan.

Maka bermacamlah tanggapan, penilaian dan kritikan yang diterima apabila kita berada dikerusi yang bernama ‘pihak atasan’. Dan ketika ini juga, peninglah kepala pihak atasan ini menghadapi dan menguruskan ‘kepala’ dan ‘hati’ manusia yang berada disekeliling, demi untuk memenuhi kehendak mereka, selain berusaha bekerja keras bagi memastikan apa yang dilaksanakan adalah yang terbaik dan dapat memberi manfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Tapi malangnya, sedar atau tidak dia, masih ada suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan..itu tak cukup, ini tak best, itu tak sesuai, ini boring, itu bukan yang kami nak, ini buang masa je..maka peninglah kepala semua orang..

Who?What?Why?When?How?
Siapa mereka? Apa yang mereka mahu? Kenapa mereka macam ni? bila nak berubah? macam mana lagi nak buat?...kembali kepada pernyataan berbelit dan memeningkan awal-awal tadi. Panjang jika nak huraikan, tapi kesimpulannya ‘experience is your best teacher!’ tak rasa, macam mana nak tau. Kulit kitab yang cantik dan terpelihara, jangan disangka sebab pemiliknya seorang yang cermat. Mungkin juga kerana kitab tu sekadar penghias rufuf yang besar..siapala yang tau Macam tu jugak pada yang comot dan terkoyak.. siapala yang tau melainkan pemilik kitab tu sendiri…

“Wallaziina jaahaduu fiinaa lanahdiannahum subulanaa wa innaLLaha lama’al muhsinin” [al-‘Ankabut:69]

~artikel untuk AuRa~
PERMATA 2007

Wednesday, August 5, 2009

..yang bernama kuLiAh..

..dalam satu kuliah..
“..ana harap antum semua dengar betul2 apa yang ana nak sampaikan harini..penting untuk kita tahu sejarah supaya kita tahu apa yang betul dan apa yang salah..kenapa Syiah boleh claim yang diorang tau siapa Imam Mahdi? Tapi kenapa kita ASWJ hanya tau bahawa akan datang Imam Mahdi tapi tak tau siapa? Sedangkan kita tau dia adalah dari kalangan Ahli Bayt dan Imam Mahdi yang Syiah claim mereka tau juga dari kalangan Ahli Bayt? …ana bukan nak kata kita ASWJ silap tapi………..
Bila kita imbas kembali tentang Perang Jamal, jika antum semua tanya mana2 ulama’ tentang perang jamal, takkan ada siapa yang berani untuk menjawab siapa yang betul n siapa yang salah..walaupun hakikatnya perang Jamal punca kepada segala perpecahan n perselisihan aqidah dalam Islam..kita tau, perang Jamal berlaku antara pihak Ali n Aisyah..jika kita telusuri..Ali- Amirul Mu’minin, Aisyah- Ummul Mu’minin..Ali- dipilih scra ijma’ sebagai pemimpin, Aisyah- isteri Nabi kalu ikut ayat al-Quran patut hanya berada dirumah.kedudukan org perempuan takkan boleh lebih dari lelaki..Ali- peperangan beliau adalah peperangan Rasulullah.Ali tak mulakan perang….jadi berdasarkan data sejarah sebenarnya kita boleh lihat pihak mana yang betul…………………………………………………………………………….”

..dan dalam satu kuliah lain….
“..berapa banyak buku yang telah ditulis menerangkan tentang kebatilan syiah..bagaimana mereka telah mnyeleweng dan tidak mengikut ajaran sebenar yang disampaikan oleh Islam..antum semua boleh rujuk kitab al-Milal wa al-Nihal karangan al-Syahrustani..antara yang jelas mereka kata al-Quran yang ada sekarang (resm Uthmani) bukan yang sebenar sebab sahabat banyak buang nama Ali yang sebenarnya banyak disebut selepas nama Rasulullah..bagaimana mereka ada perawi hadith mereka sendiri yang mereka iktiraf..bagaimana mereka boleh bertaqiyyah dalam segala perkara..tidak menerima solat Jumaat selagi imam tidak turun dan membolehkan mut’ah..”

….dan tak dapat digambarkan bagaimana ‘resahnya kepala’ menunggu kuliah2 akan datang…

p/s: nak komen..??

Saturday, August 1, 2009

..bersama..


Seronoknya
mendengar cerita mereka
Berjalan bersama
Bersuara bersama
Berhimpun bersama
Untuk agama

Terujanya diri
Melihat mereka
Berjuang bersama
Sakit bersama
Jatuh ke tanah..bangun semula
..bersama-sama

Pilunya jiwa
Melihat mereka
Susah payah bersama
Penah lelah bersama
Menitis air mata duka
Lalu dikesat dengan jiwa yang membara
Dengan semangat 1-ISLAM di dada

Tertanya pada diri
Bilakah akan bersama lagi

“..perjuangan itu pengorbanan..
berkorban ertinya menderita
penderitaan itulah asam garam perjuangan..”