Thursday, June 18, 2009

WHEN i READ n WRITE..

Assalamualaikum wrt. wbt.

nak kata ucapan alu-aluan, boleh jugak. selalunya orang buat kata2 mcm ni dalam first post..xpelah..

..bila tengok n meneliti ramai adik-beradik, sahabat handai, saudara-mara yang mula menulis dalam blog, terdetik jugak di hati nak ada blog sendiri. bukanlah niat untuk meluahkan rasa..ataupun nak bercerita kisah terbaru,apa yg berlaku dalam atau luar negara..tapi niat dihati lebih kepada nak berkongsi coretan ke, sajak ke, cerita ke, lagu ke...atau apa saja yang ana n antum semua rasakan menyentuh hati bila dibaca dan dihayati..mencari sesuatu untuk santapan rohani. selain pada tu, nak juga mencari sahabat-sahabat lama from s.k. kajang, smk. sultan abd. aziz shah, smka. ma'ahad hamidiah n darul quran...jordanian's?? tak masuk dalam senarai yang 'lama-lama' tu rasanya..(",)

..tapi tak mustahil, satu masa nanti dunia blog ni akan jadi medan untuk 'segalanya'..

..moga kita semua dipermudahkan ALLAH dalam segala urusan
..fi amaniLlah

SYAFAWATI SALIHAN

SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapa aku di depan Tuhanku..

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhanku..

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhanku..

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhanku..

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhanku.
Kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang

..SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU..??

HaKiKaTnYa

Jalan perjuangan ini
hanya dilalui oleh mereka
yang tahu erti pengorbanan
rela dirinya ditarbiyah
tahan apabila diuji
dan..
sentiasa cuba mengukuh benteng peribadi
sebagai hamba..
menjadi insan yang memudahkan
bukan menyusahkan
dan bermanfaat kepada insan lain

ALLAH lebih mengetahui
betapa beratnya hatimu..
betapa pedihnya hatimu..
betapa sukarnya hatimu..
untuk memimpin dirimu sendiri
agar mampu memimpin insan lain
tetapi..
Yakinlah..ALLAH jua yang mengetahui
betapa besarnya hikmah
disebalik kesulitan dan ujian yang menimpamu
Selagi ALLAH menjadi tempat mengadu dan meminta
Yakinlah pada rahmatNYA
Kau akan kuat walau berada ditengah kekalutan
kerana diri sentiasa dipandu
ALLAH memegang hati-hati manusia
Maka padaNYA jualah kuncinya..

Kita sentiasa ditarbiyah..

Tuesday, June 16, 2009

Dia...Seorang Mukmin

Mengalirlah air mata mukmin
Atau mengalir air mata hatinya
Bila mengingati Tuhannya…

Malunya hati mukmin
Bila mengenangkan Rahim dan Rahman
Tuhan…

Remuk redam hatinya
Bila teringat Qahhar dan Jabbar-Nya
Resah gelisah jiwanya melakukan dosa
Sedih hatinya lalai dengan Tuhannya…
Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya
Bila terbuat kesalahan dan kesilapan…

Hati mukmin sentiasa tenang dengan Tuhannya
Tidak tenang dengan dunia
Jiwanya bergelombang dengan Tuhannya
Bagaikan lautan tak pernah tenang…

Kalau bukan kerana kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan…