Sunday, March 7, 2010

Apa yang anda nampak?


Kalu rajin..cuba teka..agak2 gambar apa ni?
Agak2..gambar ni kat mana ya?

"re-charge"...

Kami tak buat apa pun..
Sembang-sembang..
Jalan-jalan..
Makan-makan..
Bercerita perkembangan terbaru diri masing-masing
Berbual-bual dengan mentor kami
Main-main dengan anak-anaknya..
Bila malam..sembang lagi..
Lepas subuh..sembang lagi..
Dalam kereta..sembang lagi..
Tapi..bila sampai rumah..rasa lain
Kuat..tenang..sedih pun ada..
Bila la boleh jumpa lagi agaknya..
Tapi…memang terasa semangat tu di ‘re-charge’..
Bila fikir-fikir balik
Bukannya buat apa pun
Kami sembang-sembang je..

…manisnya ukhuwwah itu..

Wednesday, January 6, 2010

Master..?? takutlah...

Ramai yg nak sambung belajar di peringkat master selepas tamat ijazah muda..tapi ramai juga yang was-was, takut, gerun…macam2 lagi perasaan yang datang bila sebut tentang nak sambung master…simple methode to elaborate an issue>> who?what?why?when?how?

WHO?
Q : Siapakah insan-insan yang takut ini?
A: kurang mengkaji n meneliti tentang life orang yang sambung belajar diperingkat master. Sentiasa buat anggapan sendiri dan melihat kepada istilah MASTER, seolah-olah tinggi sangat n rasa diri tak layak or tak mampu pikul tugas sebagai student master.

WHAT?
Q : Apa yang ditakutkan, digerunkan..? Apa itu ’master’ sebenarnya?
A : Takut silibus susah, takut nak buat tesis, takut dengan ’dunia’ yang dicipta sendiri tanpa kita sedar. Master hanyalah satu peringkat dalam study..anggaplah ia ’an upgrade process’ teruatama buat sahabat-sahabat yang belajar di luar negara (khusus utk sahabat di Jordan). Isu n suasana belajar yang berbeza antara malaysia n Jordan menyedarkan pada ana betapa pentingnya student luar negara ambil tau tentang isu-isu semasa dalam negara. Setakat tau apa yang berlaku belum cukup utk kita, tapi bila kita faham, +- dengan apa yang kita dah belajar, maka kita akan rasa betapa seronoknya kita sambung belajar. Kita lebih memahami dan dapat memberi respon kepada sesetengah isu di negara sendiri, berbanding sekadar ambil tau n kemudian beralih ke lain.

WHY?
Q : Kenapa perlu sambung master?
A : Macam yang dah disebut sebelum ni.....Pada pandangan ana, amatlah patut sahabat-sahabat disana sambung belajar diperingkat master. Kita akan diketengahkan dengan isu-isu yang lebih besar n mendalam. Daripada tak tau, kita jadi tau malah boleh respon kepada sesetengah isu yang dibincangkan. Ana sendiri berasa kagum (bukan pada diri sendiri) pada sahabat-sahabat yang sama-sama dalam kuliah, bilamana membincangkan sesuatu perkara, kita akan dapat lihat perbezaan pandangan yang diutarakan secara kritis dan matang. Mungkin pada peringkat awal kita akan rasa sedikit takut (itu yg ana rasa bila tengok silibus student master) tapi lama-lama perasaan tu akan hilang bila kita mula faham. Pensyarah ada untuk jelaskan isu, student amat2 digalakkan bagi pendapat, kuliah lebih santai sbb sume org dewasa/bekerja/berkahwin/ada anak dsb..exam lebih kepada kbkk, kdg2 isu yang dibincang secara santai time kuliah pn boleh keluar exam..Antara isu yang menarik perhatian ana adalah tentang Metod pengajaran/pengajian Usuluddin, perlu diubah atau kekal pada tradisi?

WHEN?
Q : Bila nak sambung master?
A : Lepas abis B.A, sumber kewangan yang kukuh (dalam RM3500-RM5000). Boleh mohon bantuan KPT under bajet mini (KPT tanggung yuran pengajian master n Ph.D). boleh buka website Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my) > information and service (bahagian atas) > scholarship & study loan > No. 1 –perkara last tentang Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan

HOW?
Q : Nak apply?
A : Pergi ke website universiti yang anda minat. Permohonan boleh dibuat online, tapi still ada beberapa perkara yang perlu dihantar ke universiti dalam tempoh yang ditetapkan. If ada apa2 nak tanya, sahabat n sahabiah antum semua ada kat universiti2 disini n bsedia untuk membantu. Setakat yang ana tau (UKM – aisyah suhaimi, khadijah aini, intan norfarhana, mutawalli. UM – ana, farhana, azhar, fahmie. UIA – siti salma)

Harap coretan yang ringkas ini dapat melegakan hati n menambah keyakinan pada sahabat-sahabat yang bercadang nak smbung belajar. Ada lagi yg tak faham? Boleh tanya lepas2 ni, takde masalah..Allahu yusahhil ’alaikum jami’an!!

Friday, December 25, 2009

boleh dia cakap macam tu....!

Assalamualaikum..
bila tengok je rancangan tu semalam, terdetik dalam hati.........
"..boleh dengan selambanya dia cakap macam tu.."

petang semalam, lepas kemas2 rumah dudukla tengok tv. bukak satu channel yg tengah tayang rancangan korea. time tu ada satu global talkshow (chit-chat with beautiful ladies..kalu yg tau). rancangan ni diorg jemput sume foriegner utk cakap2 tentang perkara-perkara tertentu, means tengok persepsi orang yg bukan warga korea, n tengok orang luar bersembang dalam bahasa korea. rancangan semalam melibatkan jugak sekumpulan foriegner lelaki, n waktu tu ada sorang lelaki from turki tengah di interview.....

MC : apa makanan yang ada di sini tapi tiada di Turki?
Turki (L): Daging babi...
Israel(P): Ooo..sebab kamu orang Muslim kan..
MC : Ya..sebelum ni ada seorang tetamu Malaysia Muslim..dia pun cakap perkara yang sama..betul ya sebab kamu Muslim, kamu tidak boleh makan makanan tu...
Turki (L): Ya...
MC : Memang tak pernah lansung la..walaupun di Turki..
[..time ni yang memeranjatkan.....]
Turki (L): Tidak..saya pernah makan...
MC : Di Turki?
Turki (L): Tak..disini...
MC : ...............
Israel(P): Macam mana pulak kamu boleh makan..orang Islam kan dilarang makan babi...
Turki (L): Saya tak nak pun..tapi waktu tu senior2 saya disini suruh saya rasa..jadi saya tak dapat tolak dan saya rasa..
Israel(P): Tapi kamu orang Islam...kamu tak boleh makan benda tu...
Turki (L): ..............
MC : Bukanla orang Korea yang suruh..tapi kawan2 kamu dari Turki
Turki (L): Ya...
MC : Apa rasanya...
Turki (L): Memang sedap..........

Ya Allah!!!!!...time tengok ni dalam hati Tuhan je yang tau..........

1. Memanglah kalu diikutkan, bukan dia sorang je orang Islam yang pernah makan babi..tapi perkara utama disini ialah dia berada dalam satu rancangan yang ditayangkan diseluruh dunia!!
2. Siapa yang terkejut dengan kenyataan dia tu? The female guest from Israel!! n female guest ni yang tegur dia...
3. Kenapa MC tu tanya siapa yg suruh dia makan? so that the koreans tak dipersalahkan atas situasi dia makan benda tu..sebab yang suruh dia makan kawan2 Turki dia jugak..
4. Boleh pulak dia jawab MC tu tanya sedap ke tak daging tu...dengan jawapan macam tu...

"...maka berbahagialah mereka yang terasing......"