Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang..dah tau susah,susahlah senang..
Baca 2-3 kali pun belum tentu kita dapat memahaminya. Susah yang macam mana? Senang pulak yang macam mana? Bila timbul persoalan macam ni maka datanglah satu lagi pepatah zaman moden ‘orang makan biskut takkan sama dengan orang yang tengok orang makan biskut’ ....apa ni..??! cakap berbelit-belit.. straight to the point please..
Itulah hakikatnya senario hidup seorang mahasiswa yang dalam masa yang sama terlibat dalam aktiviti-aktiviti persatuan.. tak kira program-program ilmiah,ceramah, kursus, kelas tambahan, kelas tafaqquh.. dan sebagainya. Belum dikira andainya orang itu terlibat dengan pengurursan aktiviti dan program..atau dengan kata lain, pimpinan.
Maka bermacamlah tanggapan, penilaian dan kritikan yang diterima apabila kita berada dikerusi yang bernama ‘pihak atasan’. Dan ketika ini juga, peninglah kepala pihak atasan ini menghadapi dan menguruskan ‘kepala’ dan ‘hati’ manusia yang berada disekeliling, demi untuk memenuhi kehendak mereka, selain berusaha bekerja keras bagi memastikan apa yang dilaksanakan adalah yang terbaik dan dapat memberi manfaat untuk diri sendiri dan orang lain.
Tapi malangnya, sedar atau tidak dia, masih ada suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan..itu tak cukup, ini tak best, itu tak sesuai, ini boring, itu bukan yang kami nak, ini buang masa je..maka peninglah kepala semua orang..
Who?What?Why?When?How?
Siapa mereka? Apa yang mereka mahu? Kenapa mereka macam ni? bila nak berubah? macam mana lagi nak buat?...kembali kepada pernyataan berbelit dan memeningkan awal-awal tadi. Panjang jika nak huraikan, tapi kesimpulannya ‘experience is your best teacher!’ tak rasa, macam mana nak tau. Kulit kitab yang cantik dan terpelihara, jangan disangka sebab pemiliknya seorang yang cermat. Mungkin juga kerana kitab tu sekadar penghias rufuf yang besar..siapala yang tau Macam tu jugak pada yang comot dan terkoyak.. siapala yang tau melainkan pemilik kitab tu sendiri…
“Wallaziina jaahaduu fiinaa lanahdiannahum subulanaa wa innaLLaha lama’al muhsinin” [al-‘Ankabut:69]
~artikel untuk AuRa~
PERMATA 2007
No comments:
Post a Comment