Wednesday, November 11, 2009

Bedah Buku


“….. ‘kerosakan’ yang disebutkan dalam al-Qur’an bukan hanya pada kebendaan dan fenomena alam, malahan juga pada iltizam beragama dan kehidupan kerohanian. Kebinasaan kerohanian kurang menjadi perhatian kebanyakan manusia, hal ini adalah di antara kesan dosa juga terutama sekali kesan dosa disebabkan kejahilan dan keilmuan yang dangkal.

Termasuk kesan dosa adalah kegagalan seseorang berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Adakalanya manusia dapat berkomunikasi dengan orang lain (dunia luar) secara aktif dan positif tetapi perkara asas berkaitan dirinya sendiri terabai atau tidak mendapat perhatian seperti yang dikehendaki Allah dan Rasul. Ketidakhadiran seseorang dalam menghadiri solat fardhu berjemaah adalah salah satu di antara sekumpulan kesan negative dosa yang dilakukan. Hamba yang terdedah melalakukan dosa, Allah akan membuatnya lengah dan lupa mengerjakan perkara yang mendatangkan kemaslahatan dirinya, dan dia akan melakukan perkara yang kurang bermanfaat yang akan mengakibatkan dirinya terdedah ke dalam kerugian dan kebinasaan. Dalam masa yang sama, dia menganggap bahawa tidak ada masalah yang dihadapinya.

Setiap hamba yang memiliki kepekaan dan keprihatinan terhadap iltizam beragama pada dirinya, keluarganya, sahabat-sahabatnya dan masyarkat di sekitarnya, sangat perlu mengambil berat permasalahn yang dibincangkan dalam buku ini. Keadaan hati yang suci bersih adalah syarat utama bagi memperoleh hidayah yang dibaca dan dipohonkan berulang kali dalam solat ; semasa membaca al-Fatihah, dalam doa, zikir ketika duduk antara dua sujud dan lain-lain. Disebabkan permasalahan hati dan nafsu ini ada pelbagai kerumitan atau komplikasinya, maka bagi hamba yang benar-benar memiliki kepekaan dia harus tabah dan sabar. Hati yang berbalut dosa boleh juga diibaratkan sebagai gumpalan benang yang kusut yang harus diselesaikan dengan tenang dan tabah……”

-Petikan dari muqaddimah buku ‘Kesan Dosa Dalam Hidup’-


…bagaimana nak melatih diri untuk berubah…?
Hayati buku ‘U-TURN Ke Jalan Lurus’

No comments:

Post a Comment