Setelah berkurun lama blog ini terbiar ‘usang’, masa lapang yang ada cuba diisi dengan menjengah kembali ‘masa2 silam’ sepanjang kewujudan blog ini..dari dulu hingga sekarang hakikatnya diri ini cuba mnecari ‘identiti’ yang sesuai untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat, malah peringatan untuk diri sendiri juga.lalu kata2 seorang guru@syeikh@murabbi yang sentiasa dilontarkan kepada pelajar2 bermain difikiran…
didiklah hati kepada cinta Alah dan Rasul!
“Pada hari yang tidak memberi manfaat harta benda mahupun
anak-anak. Kecuali mereka yang datang dengan hati yang bersih/sejahtera.” (الشعراء: 88-89)
Aqidah?
Meletakkan bahawa Allah SWT itu Tuhan yang Esa…La ilaha illa
Allah..dan keyakinan itu duduknya di dalam hati..
Ibadah?
Beramal dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w..Muhammad Rasulullah..bukti kepada aqidah yang dipasakkan..dan amal ibadah yang dilakukan bertujuan untuk
membersih dan menyucikan hati..
Akhlak?
Perkataan dan perbuatan, lintasan fikiran yang baik adalah
bukti hati yang bersih dan suci..kesan dari amal Ibadah yang betul..lahir dari
Aqidah yang kukuh..
..didiklah hati..
..didiklah dengan hati..
~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~
No comments:
Post a Comment