Tuesday, August 25, 2015

Alam Hati (1)

Kosong
jiwa yang tidak mampu 
jiwa yang tiada daya
jiwa yang tandus upaya

hampir segenap tempat diteroka
segenap ruang cuba ditempa
seluruh tenaga dikerah bekerja
namun hampa
ibarat hilang punca
retak segala harapan
yang terlihat hanyalah duka

hati...matikah ia?
ilmu...kurang sumber?
hikmah...tidak terlihat dimata?
perjuangan...larikah aku darinya?

tenang
tenanglah jiwa
Allah itu ada
Tiada pernah ditinggalkan hambaNya

Cuma mungkin diri
Tidak berlari
Mencari cahaya Ilahi

Sunday, May 6, 2012

BERSIH 3.0 as I hope and see


Pasca himpunan BERSIH 3.0
Meluat dan menyampah mungkin perkataan paling sesuai untuk menggambarkan apa yang saya rasa melihat kepada kebanyakan (bukan semua) ulasan-ulasan di media pasca himpunan BERSIH 3.0.
Kebanyakan ulasan membawa nada yang sama: “Either you with us, or you are against us” – “Samada kamu menyokong kami, atau melawan kami” – nada yang sama yang mereka kutuk terhadap penjenayah paling besar dekad ini iaitu Amerika Syarikat dikala AS melancarkan kempen (baca: jenayah) paling ganas untuk menentang kemanusiaan.
Sedar atau tidak, suka atau tidak, mahu atau tidak, ramai yang membawa kempen ini dalam mengulas isu BERSIH 3.0 (atau apa sahaja isu yang berkaitan). Ulasan-ulasan yang membawa maksud: “Hanya BERSIH yang benar” atau “Hanya BERSIH yang salah”.
Kerisauan yang pernah saya nyatakan tentang lambakan informasi manipulatif secara negatif oleh media, khususnya media baru benar-benar menjadi benar.
Maka, pihak-pihak tertentu menjadi mangsa serangan, sehingga isu asas dan utama dilupakan. PDRM, Ambiga dan DS Anwar Ibrahim, to name of few. Manipulator media terus menghangatkan dan meniupkan api kebencian terhadap isu bukan utama (walaupun isu itu mungkin penting) samada secara sedar atau tidak untuk memberi keuntungan terhadap pihak tertentu.
Apa yang saya lihat?
“BERSIH” dan “himpunan BERSIH 3.0” adalah dua perkara berbeza.
Tujuan organisasi BERSIH.
“BERSIH” adalah organisasi gabungan beberapa pihak untuk mendesar agar pilihanraya umum dilaksanakan secara bersih dan adil. Hasrat itu digambarkan dalam lapan tuntutan BERSH terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Secara asas, BERSIH bukan melawan kerajaan, tetapi tuntutan demokratik terhadap SPR. Kesemua tuntutan itu telah diutarakan bersama dengan bukti-bukti yang banyak bagai.
Sesiapa yang mengatakan BERSIH (bukan “himpunan BERSIH”) melawan kerajaan, maka mereka bercakap isu yang mereka sendiri tidak tahu dan pastinya mereka tidak faham. SPR itu bukan kerajaan. Tuntutan itu bukan melawan.
Sesiapa yang bertanya “mana buktinya?” bermaksud mereka tidak layak untuk mempertikaikan BERSIH kerana mereka tidak mengikuti maklumat yang telah didedahkan oleh banyak pihak. Umpama seorang yang mempertikaikan keupayaan Chef Wan dalam memasak tanpa mengenali Chef Wan, mengikuti rancangan masakan beliau atau membaca buku resipi beliau. Atau seseorang yang mempertikaikan keupayaan Stephen Hawking dalam theoretical physicstanpa membaca tulisan Stephen Hawking atau mengikuti mana-mana‘talk’ beliau (nota tengah: Stephen Hawking tidak boleh bercakap secara normal) atau membaca mana-mana ulasan saintis lain terhadap beliau.
Secara umum, tidak ada rakyat akan rugi sekiranya kelapan-lapan tuntutan itu dilaksanakan secara total, bahkan membawa untung kepada semua.
Secara umum juga, sekiranya tuntutan tersebut dilaksanakan, tidak ada parti politik baik di pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) yang berhak lagi untuk mempertikaikan keputusan pilhanraya umum. Tidak ada pahat akan berbunyi selepas rumah siap, tidak ada yang tidak puas hati setelah Son Goku mengalahkan Majin Buu.
Tetapi, persoalan yang mesti ditanya: Kenapa SPR masih tidak melaksanakan tuntutan-tuntutan itu??
Himpunan BERSIH
“Himpunan BERSIH” pula adalah manifestasi dari kegagalan SPR melaksanakan tuntutan BERSIH.
Ramai yang mempersoal, kenapa perlu buat demonstrasi kalau boleh berbincang secara elok dan aman? Ini adalah soalan yang tidak cerdik. BERSIH sudah ditubuhkan sejak tahun 2006. Perbincangan secara aman telah banyak kali dilakukan, tuntutan demi tuntutan terus diutarakan. Dan sudah dua kali BERSIH mengadakan demonstrasi.
Persoalan kembali timbul: Kenapa SPR masih tidak melaksanakan tuntutan BERSIH??
Something fishy somewhere.
Himpunan BERSIH menunjukkan ramainya rakyat Malaysia yang menyokong tuntutan BERSIH. 100,000 rakyat dari pelbagai kaum dari seluruh pelosok tanah air datang ke KL bukan angka yang sedikit! Sekiranya ada yang percaya dengan angka 4000 atau 20,000 oleh media, itu juga tanda orang yang bercakap tanpa turun ke padang. Umpama doktor yang mendiagnos tanpa bukti X-Ray, MRI, CT scan atau ujian makmal.
Timbul isu ‘himpunan BERSIH’ melawan kerajaan, apabila ada kenyataan dari DBKL tidak membenarkan peserta berhimpun. Maka, BERSIH yang pada asalnya hanya berhadapan dengan ‘SPR’, mula berhadapan dengan ‘kerajaan’ (PBT).
Persoalan lain timbul: Kenapa tidak benarkan sahaja mereka berhimpun secara aman di Dataran Merdeka? Sekiranya peserta dibenarkan berhimpun secara aman, maka DBKL tidak perlu memperuntukkan duit yang banyak untuk membeli pagar besi, tidak ada isu rempuh pagar, tidak ada polis bertindak balas(?), tidak ada peserta merusuh.
Untuk makluman, perhimpunan adalah aman dari 8.00am sehingga 3.30pm. Kekecohan cuma berlaku apabila polis menembak water cannon dan tear gas(yang dikatakan respons kepada sebilangan peserta merempuh pagar).
‘Keganasan’ semasa perhimpunan BERSIH.
Suka atau tidak, perlu di akui bahawa baik pihak polis mahupun peserta BERSIH, kedua-duanya melakukan keganasan. Keganasan polis sudah tidak boleh disorok lagi. Video di youtube sudah bersepah-sepah. Manakala keganasan peserta BERSIH, dikatakan adalah provokasi polis, Special Branch (SB) yang menyamar, dan lain-lain teori konspirasi.
Pengalaman (Prof) Dr. Abdul Aziz Bari ini mungkin menarik untuk dibaca.
Perkara lain yang perlu akui ialah, keganasan oleh peserta himpunan BERSIH (bukan polis) tetap ada.
Pada masa yang sama, ramai lagi anggota polis yang tidak bertindak ganas dan sekadar menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan. Mereka juga ada anak isteri untuk diberi makan.
Sekadar untuk berkongsi cerita, saya sempat solat jamak Zuhur dan Asar, berimamkan seorang anggota polis, dan di tepi saya seorang polis berpaku tiga (sarjan?). Kami bersalaman dan saling berbalas senyuman. Ada polis yang meminjam selipar (‘crocs’ asadi ‘cap ayam’. hehe.) saya untuk mengambil wudhu’. Aman! Ini mengukuhkan persepsi saya terhadap polis secara umum, dan menambah keyakinan saya bahawa perpaduan boleh dicapai melalui pelaksanaan syariat Islam seperti solat berjemaah, khutbah Jumaat, dan lain-lain hukum-hakam dalam Islam.
Kembali kepada isu BERSIH.
Suatu hari nanti, sekiranya (diulangi: sekiranya) PR memerintah, polis ini juga akan berkhidmat untuk mereka – maka pastinya mereka tidak mahu ada anggota polis yang membenci mereka.
Dalam pada itu, rakyat lain yang tidak mengikuti BERSIH juga harus adil menilai bahawa, keganasan oleh peserta BERSIH hanya sangat kecil dari keseluruhan peserta.
Sampah sarap yang ditinggalkan selepas kejadian adalah berpunca dari huru-hara setelah ditembak oleh water cannon dan tear gas. Saya juga tercicir botol air dan plastik berisi garam secara tidak sengaja setelah dirempuh oleh manusia yang bertempiaran lari. Saya cuba cari semula, tetapi sudah tak dapat dijumpai.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa sukarelawan berbaju BERSIH yang mebawa plastik sampah ke sana-sini untuk mengutip sampah dari peserta!
Saya juga menghargai usaha-usaha persendirian yang mendedahkan peserta-peserta yang bertindak ganas dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sebagai usaha untuk ‘membersihkan’ BERSIH dan himpunan BERSIH. Bagaimana pula dengan polis yang mengganasi peserta?
Namun, pada saya, keganasan dan kekotoran itu bukan isu utama yang perlu dibesar-besarkan (walaupun ia boleh jadi isu yang penting).
Isu utama mesti difokuskan
Isu utama dalam BERSIH dan himpunan BERSIH adalah untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
SPR perlu diletak di hadapan kembali untuk dibincangkan.
SPR sudah boleh lega apabila ‘serangan’ diarahkan kepada PDRM dan untuk membela PDRM dengan menyerang balas terhadap “himpunan BERSIH”– sesuatu yang bukan sepatutnya “BERSIH” inginkan.
  1. Semua orang perlu bersetuju dengan tuntutan BERSIH kerana ia adalah kebaikan untuk seluruh rakyat – bukan sekadar untuk parti politik, bukan sekadar untuk kerajaan, bukan sekadar untuk pembangkang.
  2. Ada orang boleh tidak bersetuju dengan “himpunan BERSIH”, dengan menyedari bahawa BERSIH juga ada alasan kukuh untuk mengadakan “himpunan” itu.
  3. Semua orang perlu fokus pada isu asal BERSIH dan himpunan BERSIH iaitu menuntut beberapa perubahan untuk pilihanraya akan datang.
  4. Sekiranya perubahan itu dilakukan, baik BN mahupun PR sudah tidak boleh menyalahkan antara satu sama lain atau kepada SPR.
  5. Politik akan jadi (mungkin) lebih bersih dan ‘aman’, insyaALLAH.
Ini adalah BERSIH yang saya lihat dan harapkan.

Saturday, May 5, 2012

perintah 'berkurung'...


nak cerita kisah di Mesir ke? tak…
sekadar coretan muhasabah diri setelah 3 minggu berkurung dirumah dek kecederaan pada kaki.semakin baik,semakin kurang bengkak…Alhamdulillah

Allahummaftah ‘alayya al-hikmatak..
Ya Allah..bukakanlah pintu rahmat dan kasih sayangMu, agar terzahir hikmah disebalik apa yang berlaku..

Berkurung dalam rumah betul2 menguji diri yang tak reti duduk diam. Minggu pertama betul2 dipembaringan..minggu ke-2 mula bergerak sikit2+time tu walimah adik dirumah..kini minggu ke-3, dh mula tak boleh nak duk diam. tambah kawan2 mula berhubung bila ada walimah sahabat handai disana-sini….mak,boleh tak afa nak pegi?

Hakikatnya, terlau banyak hikmah yang terzahir dari insiden yg kecil. Hanya satu tempat kecil yg cedera, betapa besarnya nikmat tubuh badan kurniaan Allah yg selama ni tak berhenti digunakan tak dapat dimanfaatkan utk sementara waktu. Dikala ini juga, Allah tunjukkan bahawa betapa banyak ‘hutang pd diri sendiri’ yg tak tertunai dek kerana kesibukan yg melanda selama ini…

Terima kasih Ya Allah…
Alhamdulillah..

Wednesday, March 14, 2012

Perjalanan Sebuah Kematian...


Dia pergi dengan tenang..dia pergi dengan senyuman manis pada wajah..dengan senyuman itu seluruh keluarga tenang dengan pemergiannya..

Pertama kali mengiringi jenazah dari rumah hingga ke tanah perkuburan meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada diri. Betapa kerdilnya manusia saat berhadapan dengan kematian. Betapa lemahnya manusia dalam segala perkara bila kehilangan orang yang tersayang. Betapa besarnya nikmat dan kasih saying Allah SWT pada hambaNya yang terzahir dalam perjalanan sebuah kematian..

كفى بالموت واعظا

Mengapa dengan mengingati mati itu cukup untuk menjadi di peringatan kepada diri?

Kerana bukan setakat mati itu yang perlu difikirkan, tapi perjalanan kearah kematian turut mengiringi ingatan kita kepada mati..

“..bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal..”

Mengiringi kematian itu, bersama menangisi kematian itu, saat jenazah diusung ke kenderaan, saat jenazah dibawa ke tanah perkuburan, saat penutup jenazah dibuka untuk dikebumikan, saat tanah ditimbus menutupi kubur, saat talkin dibaca, saat kubur disimbah bunga oleh ahli keluarga, saat kubur ditinggalkan oleh lautan manusia…benar-benar menjadikan diri yang kerdil ini berfikir dan muhasabah..dia kini di alam barzakh, dia kini berhadapan dengan makhluk Allah yang pasti akan bertemu setiap yang mati dengan mereka..Munkar dan Nakir..dia kini di alam sana..bagaimana aku?bagaimana amalku?bagaimana akhir hayatku nanti?mampukah amalanku menjawab soalan kubur dengan baik?

Astaghfirullah…Astaghfirullah…Astaghfirullah


bagaimana kau merasa bangga
akan
 dunia yg sementara
bagaimanakah
 bila semua 
hilang dan pergi meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu
 terhenti tak kau sadari
masikah
 ada jalan bagimu 
untuk kembali mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua
 dan segala yg ada 
akan kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil 
teman
 sejati hanyalah amal
bila
 waktu telah terhenti
teman
 sejati tingallah sepi

(Opick)

Thursday, December 8, 2011

mari menjaga mata..

Assalamualaikum..

terasa 'penat n pedih' pada mata 2-3 hari ni...mungkin sbb duk mengadap laptop tanpa direhatkan mata n badan. bila dah sakit baru nak cari ubat...sekadar berkongsi tip yg diberikan oleh Dr. Google...



Bersihkan Cermin Mata
Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.

Menghilangkan sakit Mata
Sekiranya anda mengalami sakit mata (merah tu..) tentunya anda akan merasa rimas dan tidak selesa. Untuk menghilangkannya titiskan susu ibu ke dalam mata 2-3 titik sekerap yang mungkin dengan menggunakan sudu. Insya-Allah, sakit mata merah akan beransur pulih. Cubalah..

Menyegarkan Mata
mbil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mataPejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menghilangkan Lebam Mata
Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Menjaga Kesihatan Mata
Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.

Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu'(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai. b.Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah beransur-ansur lajukan proses ini.c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat, terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda...faham-faham sendirilah ye.Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi.P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2..

SEBAR2KANLAH UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA... :)

Thursday, November 17, 2011

didiklah hati!




Setelah berkurun lama blog ini terbiar ‘usang’, masa lapang yang ada cuba diisi dengan menjengah kembali ‘masa2 silam’ sepanjang kewujudan blog ini..dari dulu hingga sekarang hakikatnya diri ini cuba mnecari ‘identiti’ yang sesuai untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat, malah peringatan untuk diri sendiri juga.lalu kata2 seorang guru@syeikh@murabbi yang sentiasa dilontarkan kepada pelajar2 bermain difikiran…

didiklah hati kepada cinta Alah dan Rasul!

“Pada hari yang tidak memberi manfaat harta benda mahupun anak-anak. Kecuali mereka yang datang dengan hati yang bersih/sejahtera.” (الشعراء: 88-89)

Aqidah?

Meletakkan bahawa Allah SWT itu Tuhan yang Esa…La ilaha illa Allah..dan keyakinan itu duduknya di dalam hati..

Ibadah?

Beramal dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w..Muhammad Rasulullah..bukti kepada aqidah yang dipasakkan..dan amal ibadah yang dilakukan bertujuan untuk membersih dan menyucikan hati..

Akhlak?

Perkataan dan perbuatan, lintasan fikiran yang baik adalah bukti hati yang bersih dan suci..kesan dari amal Ibadah yang betul..lahir dari Aqidah yang kukuh..

..didiklah hati..
..didiklah dengan hati..


~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~

Tuesday, December 21, 2010

sebiru hari ini....



JNS..
walau hadirku tanpa bekalan..
walau penat teman seharian..
walau jadi fasi tanpa kumpulan..(huhu..)
..tetapi..
kerana Allah kita dipertemukan..
kerana satu misi perjuangan..
..maka..
walau kita baru berkenalan..
ukhuwah yg terbina harap bkekalan..
syurga Allah tetap menjadi impian..

JNS 2010..tetap segar dalam ingatan..

Saturday, November 20, 2010

refresh hati!


Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!


Thursday, September 9, 2010

'Eid al-Mubarak



~Buat semua sahabat handai, saudara-mara, teman-teman seperjuangan..mohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan..moga Aidilfitri disambut dengan penuh rasa syukur dan rendah diri atas segala nikmat kurniaan Allah SWT..fi amaniLlah~

Tuesday, July 13, 2010

kadang2..kita tak sedar..

There was a flood, and an old woman watched as the water came closer to her house. A man in a boat came by and offered her to help her.

"Thank you," she said, smiling, "but the lord will save me."

The water rose higher, and she had to go to the second floor. Another boat came by, and the people in the boat went to the window to rescue her.

"I'm okay," she told them. "I have faith in the lord. He'll save me." The boat left without her.

She was on the roof finally, with the water swirling around her feet, and a helicopter came. She refused their help too, telling them that she had faith and the lord would save her.

Soon afterwards, the water took her away and she drowned.

When the woman arrived in heaven, she stepped before God and, crying, asked him, "Why didn't you help me? I had faith in you!"

"Not help you??!!!" God replied. "What do you mean? I sent you two boats and a helicopter!"

...sometimes..we just didn't realised how much Allah loves us!

-copYfroMaFriend-

Thursday, June 24, 2010

Isu yang beribu-ribu

"..akk..tukar design je?'tulisan2' dlm tu tanak tukar ke?kongsila skit..."

hmm,nak sangat berkongsi bermacam2 perkara,isu,kejadian yang berlaku sekarang ni..tapi ramai juga yang dah berkongsi segala macam isu dan kejadian tu..the main point n idea is still the same.if tulis jugak sama la macam copy paste..apepun,memang tengah n masih tercari-cari 'identiti' untuk dikongsi through d blog..Qur'an? tafsir? fiqh? contemporary issue? politics? economy? science? history? tazkirah? experience? daily life? ............................................................................

dah baca latest majalah solusi? isu yang menarik wpun nampak macam dah banyak kali dibincangkan.bukan the main issue majalah tu,tapi artikel kat page 3...mampukah kita 'hidupkan'??

Friday, May 7, 2010

Dosa-dosa & Facebook...

from : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Sunday, March 7, 2010

Apa yang anda nampak?


Kalu rajin..cuba teka..agak2 gambar apa ni?
Agak2..gambar ni kat mana ya?

"re-charge"...

Kami tak buat apa pun..
Sembang-sembang..
Jalan-jalan..
Makan-makan..
Bercerita perkembangan terbaru diri masing-masing
Berbual-bual dengan mentor kami
Main-main dengan anak-anaknya..
Bila malam..sembang lagi..
Lepas subuh..sembang lagi..
Dalam kereta..sembang lagi..
Tapi..bila sampai rumah..rasa lain
Kuat..tenang..sedih pun ada..
Bila la boleh jumpa lagi agaknya..
Tapi…memang terasa semangat tu di ‘re-charge’..
Bila fikir-fikir balik
Bukannya buat apa pun
Kami sembang-sembang je..

…manisnya ukhuwwah itu..

Wednesday, January 6, 2010

Master..?? takutlah...

Ramai yg nak sambung belajar di peringkat master selepas tamat ijazah muda..tapi ramai juga yang was-was, takut, gerun…macam2 lagi perasaan yang datang bila sebut tentang nak sambung master…simple methode to elaborate an issue>> who?what?why?when?how?

WHO?
Q : Siapakah insan-insan yang takut ini?
A: kurang mengkaji n meneliti tentang life orang yang sambung belajar diperingkat master. Sentiasa buat anggapan sendiri dan melihat kepada istilah MASTER, seolah-olah tinggi sangat n rasa diri tak layak or tak mampu pikul tugas sebagai student master.

WHAT?
Q : Apa yang ditakutkan, digerunkan..? Apa itu ’master’ sebenarnya?
A : Takut silibus susah, takut nak buat tesis, takut dengan ’dunia’ yang dicipta sendiri tanpa kita sedar. Master hanyalah satu peringkat dalam study..anggaplah ia ’an upgrade process’ teruatama buat sahabat-sahabat yang belajar di luar negara (khusus utk sahabat di Jordan). Isu n suasana belajar yang berbeza antara malaysia n Jordan menyedarkan pada ana betapa pentingnya student luar negara ambil tau tentang isu-isu semasa dalam negara. Setakat tau apa yang berlaku belum cukup utk kita, tapi bila kita faham, +- dengan apa yang kita dah belajar, maka kita akan rasa betapa seronoknya kita sambung belajar. Kita lebih memahami dan dapat memberi respon kepada sesetengah isu di negara sendiri, berbanding sekadar ambil tau n kemudian beralih ke lain.

WHY?
Q : Kenapa perlu sambung master?
A : Macam yang dah disebut sebelum ni.....Pada pandangan ana, amatlah patut sahabat-sahabat disana sambung belajar diperingkat master. Kita akan diketengahkan dengan isu-isu yang lebih besar n mendalam. Daripada tak tau, kita jadi tau malah boleh respon kepada sesetengah isu yang dibincangkan. Ana sendiri berasa kagum (bukan pada diri sendiri) pada sahabat-sahabat yang sama-sama dalam kuliah, bilamana membincangkan sesuatu perkara, kita akan dapat lihat perbezaan pandangan yang diutarakan secara kritis dan matang. Mungkin pada peringkat awal kita akan rasa sedikit takut (itu yg ana rasa bila tengok silibus student master) tapi lama-lama perasaan tu akan hilang bila kita mula faham. Pensyarah ada untuk jelaskan isu, student amat2 digalakkan bagi pendapat, kuliah lebih santai sbb sume org dewasa/bekerja/berkahwin/ada anak dsb..exam lebih kepada kbkk, kdg2 isu yang dibincang secara santai time kuliah pn boleh keluar exam..Antara isu yang menarik perhatian ana adalah tentang Metod pengajaran/pengajian Usuluddin, perlu diubah atau kekal pada tradisi?

WHEN?
Q : Bila nak sambung master?
A : Lepas abis B.A, sumber kewangan yang kukuh (dalam RM3500-RM5000). Boleh mohon bantuan KPT under bajet mini (KPT tanggung yuran pengajian master n Ph.D). boleh buka website Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my) > information and service (bahagian atas) > scholarship & study loan > No. 1 –perkara last tentang Pembiayaan Untuk Pengajian Ijazah Lanjutan

HOW?
Q : Nak apply?
A : Pergi ke website universiti yang anda minat. Permohonan boleh dibuat online, tapi still ada beberapa perkara yang perlu dihantar ke universiti dalam tempoh yang ditetapkan. If ada apa2 nak tanya, sahabat n sahabiah antum semua ada kat universiti2 disini n bsedia untuk membantu. Setakat yang ana tau (UKM – aisyah suhaimi, khadijah aini, intan norfarhana, mutawalli. UM – ana, farhana, azhar, fahmie. UIA – siti salma)

Harap coretan yang ringkas ini dapat melegakan hati n menambah keyakinan pada sahabat-sahabat yang bercadang nak smbung belajar. Ada lagi yg tak faham? Boleh tanya lepas2 ni, takde masalah..Allahu yusahhil ’alaikum jami’an!!