Saturday, May 5, 2012

perintah 'berkurung'...


nak cerita kisah di Mesir ke? tak…
sekadar coretan muhasabah diri setelah 3 minggu berkurung dirumah dek kecederaan pada kaki.semakin baik,semakin kurang bengkak…Alhamdulillah

Allahummaftah ‘alayya al-hikmatak..
Ya Allah..bukakanlah pintu rahmat dan kasih sayangMu, agar terzahir hikmah disebalik apa yang berlaku..

Berkurung dalam rumah betul2 menguji diri yang tak reti duduk diam. Minggu pertama betul2 dipembaringan..minggu ke-2 mula bergerak sikit2+time tu walimah adik dirumah..kini minggu ke-3, dh mula tak boleh nak duk diam. tambah kawan2 mula berhubung bila ada walimah sahabat handai disana-sini….mak,boleh tak afa nak pegi?

Hakikatnya, terlau banyak hikmah yang terzahir dari insiden yg kecil. Hanya satu tempat kecil yg cedera, betapa besarnya nikmat tubuh badan kurniaan Allah yg selama ni tak berhenti digunakan tak dapat dimanfaatkan utk sementara waktu. Dikala ini juga, Allah tunjukkan bahawa betapa banyak ‘hutang pd diri sendiri’ yg tak tertunai dek kerana kesibukan yg melanda selama ini…

Terima kasih Ya Allah…
Alhamdulillah..

Wednesday, March 14, 2012

Perjalanan Sebuah Kematian...


Dia pergi dengan tenang..dia pergi dengan senyuman manis pada wajah..dengan senyuman itu seluruh keluarga tenang dengan pemergiannya..

Pertama kali mengiringi jenazah dari rumah hingga ke tanah perkuburan meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada diri. Betapa kerdilnya manusia saat berhadapan dengan kematian. Betapa lemahnya manusia dalam segala perkara bila kehilangan orang yang tersayang. Betapa besarnya nikmat dan kasih saying Allah SWT pada hambaNya yang terzahir dalam perjalanan sebuah kematian..

كفى بالموت واعظا

Mengapa dengan mengingati mati itu cukup untuk menjadi di peringatan kepada diri?

Kerana bukan setakat mati itu yang perlu difikirkan, tapi perjalanan kearah kematian turut mengiringi ingatan kita kepada mati..

“..bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal..”

Mengiringi kematian itu, bersama menangisi kematian itu, saat jenazah diusung ke kenderaan, saat jenazah dibawa ke tanah perkuburan, saat penutup jenazah dibuka untuk dikebumikan, saat tanah ditimbus menutupi kubur, saat talkin dibaca, saat kubur disimbah bunga oleh ahli keluarga, saat kubur ditinggalkan oleh lautan manusia…benar-benar menjadikan diri yang kerdil ini berfikir dan muhasabah..dia kini di alam barzakh, dia kini berhadapan dengan makhluk Allah yang pasti akan bertemu setiap yang mati dengan mereka..Munkar dan Nakir..dia kini di alam sana..bagaimana aku?bagaimana amalku?bagaimana akhir hayatku nanti?mampukah amalanku menjawab soalan kubur dengan baik?

Astaghfirullah…Astaghfirullah…Astaghfirullah


bagaimana kau merasa bangga
akan
 dunia yg sementara
bagaimanakah
 bila semua 
hilang dan pergi meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu
 terhenti tak kau sadari
masikah
 ada jalan bagimu 
untuk kembali mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua
 dan segala yg ada 
akan kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil 
teman
 sejati hanyalah amal
bila
 waktu telah terhenti
teman
 sejati tingallah sepi

(Opick)

Thursday, December 8, 2011

mari menjaga mata..

Assalamualaikum..

terasa 'penat n pedih' pada mata 2-3 hari ni...mungkin sbb duk mengadap laptop tanpa direhatkan mata n badan. bila dah sakit baru nak cari ubat...sekadar berkongsi tip yg diberikan oleh Dr. Google...



Bersihkan Cermin Mata
Bagi yang memakai cermin mata tidak perlu membazirkan wang membeli ’spectators washer’. Cuma ambil sebarang jenama shampoo rambut yang mengandungi bahan sodium laurenth sulphate dan rendamkan bingkai cermin mata di dalamnya bersama sedikit air. Dalam masa 15 minit sisa kotoran akan hilang seperti bingkai cermin mata baru.

Menghilangkan sakit Mata
Sekiranya anda mengalami sakit mata (merah tu..) tentunya anda akan merasa rimas dan tidak selesa. Untuk menghilangkannya titiskan susu ibu ke dalam mata 2-3 titik sekerap yang mungkin dengan menggunakan sudu. Insya-Allah, sakit mata merah akan beransur pulih. Cubalah..

Menyegarkan Mata
mbil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mataPejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menghilangkan Lebam Mata
Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Menjaga Kesihatan Mata
Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb.

Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu'(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai. b.Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah beransur-ansur lajukan proses ini.c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat, terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda...faham-faham sendirilah ye.Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi.P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2..

SEBAR2KANLAH UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA... :)

Thursday, November 17, 2011

didiklah hati!




Setelah berkurun lama blog ini terbiar ‘usang’, masa lapang yang ada cuba diisi dengan menjengah kembali ‘masa2 silam’ sepanjang kewujudan blog ini..dari dulu hingga sekarang hakikatnya diri ini cuba mnecari ‘identiti’ yang sesuai untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat, malah peringatan untuk diri sendiri juga.lalu kata2 seorang guru@syeikh@murabbi yang sentiasa dilontarkan kepada pelajar2 bermain difikiran…

didiklah hati kepada cinta Alah dan Rasul!

“Pada hari yang tidak memberi manfaat harta benda mahupun anak-anak. Kecuali mereka yang datang dengan hati yang bersih/sejahtera.” (الشعراء: 88-89)

Aqidah?

Meletakkan bahawa Allah SWT itu Tuhan yang Esa…La ilaha illa Allah..dan keyakinan itu duduknya di dalam hati..

Ibadah?

Beramal dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w..Muhammad Rasulullah..bukti kepada aqidah yang dipasakkan..dan amal ibadah yang dilakukan bertujuan untuk membersih dan menyucikan hati..

Akhlak?

Perkataan dan perbuatan, lintasan fikiran yang baik adalah bukti hati yang bersih dan suci..kesan dari amal Ibadah yang betul..lahir dari Aqidah yang kukuh..

..didiklah hati..
..didiklah dengan hati..


~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~

Tuesday, December 21, 2010

sebiru hari ini....



JNS..
walau hadirku tanpa bekalan..
walau penat teman seharian..
walau jadi fasi tanpa kumpulan..(huhu..)
..tetapi..
kerana Allah kita dipertemukan..
kerana satu misi perjuangan..
..maka..
walau kita baru berkenalan..
ukhuwah yg terbina harap bkekalan..
syurga Allah tetap menjadi impian..

JNS 2010..tetap segar dalam ingatan..

Saturday, November 20, 2010

refresh hati!


Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!


Thursday, September 9, 2010

'Eid al-Mubarak



~Buat semua sahabat handai, saudara-mara, teman-teman seperjuangan..mohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan..moga Aidilfitri disambut dengan penuh rasa syukur dan rendah diri atas segala nikmat kurniaan Allah SWT..fi amaniLlah~